Rabu, 14 Oktober 2009

KESUSASTERAAN HIKAYAT BERUNSUR HINDU-ISLAM

Definisi Sastera Hikayat Berunsur Hindu Islam Sejenis karya sastera berasal daripada sastera
Hindu dengan wajah baru yang mengandungi unsur-unsur Islam.



Dihasilkan pada zaman bermulanya pengaruh Islam di alam Melayu yang pada masa itu pengaruh Hindu masih tebal.Pada peringkat awal perkembangannya adalah melalui lisan,kemudian disalin dan dibukukan.Dari situ berlaku beberapa perbezaan dan perubahan antara satu hikayat dengan hikayat yang lain. Karya-karya bercorak Hindu diubahsuai dengan sifat-sifat keislaman sesuai dengan prinsip dan pemikiran Islam
Contoh Karya Hikayat Berunsur Hindu-Islam
1. Hikayat Marakarma/Hikayat Si Miskin
2. Hikayat Serangga Bayu/Hikayat Ahmad Muhammad
3. Hikayat Inderajaya/Hikayat Shahi Mardan

Isi cerita atau jalan cerita masih terbahagi kepada tiga
bahagian :-
Ciri-ciri Hikayat Berunsur Hindu-Islam Struktur Isi Cerita/Plot

Bahagian Awal
Pada peringkat awal atau bahagian awal cerita memperkenalkan latar negeri, latar keluarga dan sebab-sebab watak wira keluar mengembara.

Bahagian Pertengahan Cerita
Bahagian pertengahan cerita merupakan bahagian yang terpanjang ialah kisah mengenai pengembaraan
watak utama. Dalam bahagian ini watak utama/wira terpisah dari istana atau keluarga dan mengembara. Dalam pengembaraannya beliau melalui berbagai-bagai kesusahan, penderitaan,peperangan, dan percintaan.
Watak utama juga melalui berbagai-bagai pengalaman seperti belajar ilmu senjata, kesaktian, serta cabarancabaran menyeksakan. Waktu pengembaraan juga watak wira mendapat bantuan daripada kuasa sakti atau ajaib, sama ada dewa-dewa, jin dan alat-alat sakti.

Bahagian Akhir /Penyelesaian

Bahagian akhir cerita watak utama berjaya mengatasi masalah. Beliau kembali ke istana dan hidup aman bahagia. Watak terbahagi kepada dua golongan iaitu watak baik/protagonis dan watak jahat/antagonis
Watak baik terdiri daripada kalangan anak raja, diberi sifat keistimewaan dan kelebihan yang tertentu.

Watak dan Perwatakan
Memiliki alat senjata sakti dan lain-lain kesaktian bagi membolehkan watak wira berjaya dalam mencapai
hajat dalam masa pengembaraan.Dari segi nama watak pula terdapat percampuran dan penyesuaian nama-nama watak Hindu dengan namanama watak Islam.Watak jahat pula merupakan watak penghalang kepada watak baik/wira. Contohnya dalam Hikayat Ahmad Muhammad, watak Nakhoda merupakan watak
penghalang kepada Ahmad dan Muhamad.

Latar
Latar tempat meliputi alam yang luas dan banyak negeri-negeri seperti Kenda Kiri, negeri Baghdad, Pulau
Biram Dewa dan sebagainya. Itulah contoh latar dalam Hikayat Ahmad Muhamad. Terdapat juga latar kayangan diceritakan, contohnya ayahnda dan bonda kepada Marakarma dalam Hikayat Si Miskin berasal dari negeri kayangan. Selain dari negeri dan alam kayangan terdapat latar meliputi alam lautan, hutan, bukit dan gunung-gunung.

Karya-karya Zaman Hindu-Islam ini banyak mengandungi istilah-istilah yang terdapat dalam bahasa Arab-Parsi. Contohnya, syahdan,al-kisah, hatta dan sebagainya.
Penggunaan nama-nama hindu pula seperti alat-alat cokmar, dewan, gangga, dewa dan sebagainya.

Gaya penulisan dan Gaya Bahasa
Bentuk puisi Islam iaiu syair digunakan dan bercampur aduk dengan bahasa Sanskrit serta unsur-unsur tempatan. Jadi di sini dapat dilihat isi karya hikayat Hindu-Islam berupa percampuran unsur-unsur Hindu dengan unsurunsur Islam.

Dari segi judul karya atau cerita, sastera hikayat berunsur Hindu-Islam memakai dua judul iaitu Hindu
dan Islam. Contohnya Hikayat Marakarma dikenali juga sebagai Hikayat Si Miskin dan Hikayat Serangga Bayu juga dikenali sebagai Hikayat Ahmad Muhamad. Perwatakan tokoh-tokoh Islam seperti Nabi Sulaiman,
Nabi Khaidir, Ahmad dan Muhamad. Nama-nama watak yang bercorak Arab seperti nama negeri Shahi mardan, wazir dan sebagainya.

Pengaruh Islam/Ciri-ciri Keislaman
Judul karya/cerita Watak dan Perwatakan Diselit persoalan-persoalan mengenai agama Islam seperti yang bersangkutan dengan rukun Islam,pelaksanaan ibadat dan sebagainya.

Konsep-konsep Keislaman seperti konsep Allah dan segala sifatnya, konsep syurga dan neraka. Persoalan Dalam Hikayat Sastera Hindu-Islam Konsep-konsep Keislaman  Amalan-amalan seperti belajar membaca al-Quran, contohnya Inderaputera dihantar mengaji dan membaca Quran sejak kecil setelah umurnya tujuh
tahun.

Gaya Bahasa banyak mengunakan istilah-istilah Arab- Parsi dimulai kata Syahdan, alkisah, hatta dan kalakian. Nama-nama watak Hindu seperti Shah mardan,Maharaja Asmara Gangga, nakhoda dan
sebagainya.

1 ulasan: