Baca petikan ini cerpen di bawah ini, dan jawab soalan-soalan yang mengikutinya.
“Engkau telah terpesong terlalu jauh. Barangkali engkau terlalu muda ataupun belum engkau melihat tanah air datuk nenek engkau yang amat permai itu. Aku rasa patutlah engkau mengikut aku pulang Tongsan bersama-sama akhir tahun ini supaya boleh engkau menyaksikan keelokan bandar-bandar Peking, Soato, Canton dan kemajuan saudara-saudara engkau di sana supaya terkikis perasaan-perasaan yang telah menyelaputi di hati engkau bersalin kepada perasaan-perasaan yang suci dan sejahtera.’’
(Dipetik daripada Majlis Peperiksaan Malayasia[peny.],2003
Cerpen Macam Gergaji Dua Mata dalam Mutiara Sastera
Melayu Moden.Kuala Lumpur:Dewan Bahasa dan Pustaka,hal 4)
(a) Siapakah watak aku dan engkau dalam petikan di atas? [4]
(b) Jelaskan perbezaan pendapat antara watak aku dengan watak engkau [12]
(c) Jelaskan tiga persoalan yang terungkap dalam cerpen ini. [9]
Tiada ulasan:
Catat Ulasan