Isnin, 17 Oktober 2011

Pada Setiap Kali Kau Tiba Ogos oleh: Kemala



Rangkap 1
Pada setiap kali tibanya bulan kemerdekaan rakyat Malaysia akan mengenangkan kembali tarikh negara kita mencapai kemerdekaan yang menandakan negara kita sudah bebas dan menjadi sebuah negara yang bermaruah dan berdaulat. Detik-detik hitam di bawah belenggu penjajahan telah berlalu dan yang tinggal kini menjadi lipatan sejarah untuk dikenang pada masa hadapan.

Rangkap 2
Dalam usaha mencapai kemerdekaan, para pahlawan dan pemimpin sanggup terkorban / gugur demi untuk melihat tanah air merdeka. Kenangan terhadap mereka mengundang rasa sedih kerana kesanggupan mereka berkorban demi untuk melihat negara tercinta bebas dari belengu penjajah.

Rangkap 3
Bila menjelangnya bulan kemerdekaan generasi baru tidak lagi mengenangnya sebagai satu bulan yang penting kerana dalam kehidupan moden yang penuh dengan dugaan dan cabaran menyebabkan perjuangan menuntut kemerdekaan sudah tidak lagi menjadi satu isu / peristiwa yang penting utk diingati

Rangkap 4
Penyajak berharap agar bulan Ogos (kemerdekaan) akan membawa kesedaran perlunya semangat nasionalisme dan patriotisme dipupuk dalam kalangan generasi muda

Tiada ulasan:

Catat Ulasan