Selasa, 26 Januari 2010

CERITA PENGLIPURLARA


 CIRI-CIRI CERITAPENGLIPUR LARA

Cerita penglipur lara yang kita dapati melalui kajian terbahagi kepada tiga bahagian. Dimana ciri-ciri ini dilihat dari segi tema, malah cerita penglipur lara ini juga berpusat di kalangan putera-puteri Raja serta cerita ini mempunyai ciri-ciri berbentuk prosa dengan selingan puisi.

DARI SEGI TEMA 

Dalam keseluruhan cerita Penglipur lara ini bertemakan percintaan antara wira dengan wirawati. Percintaan mereka ini dikaitkan dengan pengembaraan sang wira dalam mencari pasangan mereka (wirawati) disebabkan oleh hal-hal yang tertentu. Dalam masa pengembaraan inilah pelbagai persoalan yang timbul untuk mengembangkan lagi suasana sesebuah cerita Penglipur lara dan dalam masa yang sama menarik minat para pendengar untuk mengetahui kisah selanjutnya. Persoalan yang biasa diutarakan ialah mengenai persoalan peperangan, kesaktian, kehebatan, kemewahan dan kegagahan ditonjolkan dalam cerita Penglipur lara.

Halangan dan rintangan yang dihadapi oleh sang wira akandapat diatasi dengan mudah dengan pertolongan benda-benda sakti atau senjata sakti seperti yang berlaku di dalam cerita-cerita Penglipur lara. Selain daripada itu juga para wira sendiri juga memiliki kesaktian dan kegagahan mereka tersendiri untuk mengatasi segala rintangan serta halangan unutuk berjaya dan mencapai hajat wira. Penyelesaian cerita-cerita Penglipur lara biasanya mereka hidup bahagia bersama wirawati (happy ending).

CERITA BERPUSAT DI KALANGAN PUTERA-PUTERI RAJA 

Perkembangan cerita-cerita Penglipur lara ini berkisar di sekitaristana yang mengisahkan tentang wira dan wirawati dari kalangan putera-puteri raja. Latar cerita yang di cipta kebanyakannya hidup dalam alam fantasi (khayalan), di mana dunia kayangan digambarkan dengan dewa-dewi dan pari-pari yang dikatakan terletak di langit. Dunia yang dihuni oleh manusia terletak di bumi. Disinijelas nyata dapat kita lihat bahawa hubungan kedua-dua alam ini tiada batasannya.

Dalam cerita-cerita penglipur lara , keturunan raja-raja khasnya wira dan wirawati dikaitkan asal usulnya dari keturunan dewa-dewi dari kayangan. Malah sering kita jumpa dalam cerita Penglipur lara dimana wira mendapat bantuan atau kesaktian setiap kali menghadapi musuhnya.

BENTUK PROSA DENGAN SELINGAN PUISI 

Keseluruhan cerita Pemnglipur lara disampaikan dalam bentuk prosa iaitu karangan yang tidak berangkap, tetapi jika berhadapan dengan Penglipur lara itu sendiri, ia di dengar seperti puisi kerana pencerita akan melagukan agar sedap di dengar serta menarik minat pendengar.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan