FUNGSI-FUNGSI PENGLIPUR LARA
Berfungsi sebagai ‘alat’ hiburan
Cerita-cerita Penglipur lara memainkan peranan penting sebagai ‘alat’ hiburan bagi masyarakat melayu tradisi, khasnya dikalangan rakyat jelata kerana isis ceritanya mempunyai cerita yang indah-indah dan menyeronokkan dan ianya dapat memberi suatu kepuasan yang menghiburkan. Isi cerita Penglipur larajuga dijadikan sebagai suatau ‘perlarian’ bagi golongan rakyat jelata yang miskin dan hidup dikelingi penderitaan kerana isis cerita Penglipur lara amat menonjolkan unsur-unsur kemewahan yang indah. Dengan ini mereka dapat melarikan diri seketika daripada kenyataan hidup yang sebenar.
Berfungsi sebagai alat pengajaran dan pendidikan moral
Cerita-cerita Penglipur lara kaya dengan unsur-unsur moral dan etika yang dapat dicontohi oleh masyarakat. Nilai-nilai moral dan etika yang jelas dalam cerita Penglipur lara ialah :
i) SIFAT HORMAT KEPADA IBU BAPA DAN ORANG TUA.
Wira dan wirawatitidak pernah menentang kehendak ayahanda bonda, walaupun adakalanya perintah tersebut begitu sukar dan membahayakan, malah mereka akan meminta izin terlebih dahulu daripada ayahanda bonda mereka sebelum keluar mengembara.
ii) SIFAT TANGGUNGJAWAB PEMIMPIN (RAJA)
Dalam cerita Penglipur lara ini jelas tergambar tentang raja yang mempunyai perasaan penuh tanggungjawab terhadap keluarga dan negerinya.
iii) SIFAT-SIFAT PATRIOTIK DAN CINTAKA TANAH AIR
Sifat ini jelas tergambar dalam episod peperangan. Raja, pembesar mahupun rakyat jelata masing-masing tidak akan mudah menyerah kalah, berganding bahu mempertahankan negeri mereka daripada serangan luar dan sanggup mengorbankan nyawa mereka dengan berlawan bermati-matian hingga ke titisan darah yang terakhir.
iv) HUBUNGAN HARMONI DAN MESRA ANTARA GOLONGAN RAJA DAN RAKYAT
Kemersaan hubungan anatara golongan istana dengan rakyat jelata jelas tergambar ketika upacara tertentu diadakan di istana, misalnya ketika malis perkahwinan dan kenduri kendara di istana. Semua golongan rakyat datang beramai-ramai dari berbagai lapisan masyarakat, kecil besar, tua dan muda. Ini jelas seperti yang tergambar melalui petikan puisi di bawah;
“Yang capik datang bertongkat,
Yang buta datang berpimpin,
Yang pekak datang bertanya,
Yang kurap mengekor angin.”
V) BERBUAT BAIK KEPADA IBU BAPA DAN KEPADA MEREKA YANG TIDAK BERNASIB BAIK
Sifat ini jelas nyata terdapat dalam watak Si Kembang Cina atau Bujang Selamat. Selain itu kedua-dua watak ini melambangkan kesetiaan dan watak-watak “pekerja” yang bekerja dengan penuh dedikasi dan memberi sepenuh komitmen terhadap tugas-tugas yang dipertanggungjawabkan kepadanya.
iv) SIFAT BERDIKARI DAN MENCARI UNTUNG
Sifat ini selalu saja terdapat dalam watak wira dan wirawati di mana mereka akan berdikari sehingga mereka berjaya mencapai apa yang dihajati. Selain itu wira dan wirawati sendiri juga pandai mencari untung dalam apa jua yang mereka lakukan.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan