PERANAN CERITA PENGLIPUR LARA
Sering diperkatakan bahawa Penglipur lara adalah sebagai hiburan, pendidikan dan menganggungkan raja. Oleh kerana tidak terdapat pendidikan secara formal dalam masyarakat Melayu dahulu, maka cerita – cerita penglipur lara menjadi ruang untuk mendidik anggota masyarakatnya dengan nilai-nilai moral yang baik. Perbuatan dan sikap yang baik akan dapat ganjaran yang baik, manakala yang jahat akan tewas. Sikap yang negatif seperti tidak bertanggungjawab akan membawa kesan yang buruk dalam sesebuah keluarga dan masyarakat.
WATAK DAN PERWATAKAN
Watak dan perwatakan dalam ceruta Penglipur lara ini terbahagi kepada tiga golongan iaitu :
i) WATAK UTAMA (PROTAGONIS)
Watak ini dipegang oleh wira dan wirawati yang terdiri dari kalanagan anak-anak raja. Watak utama diwarnakan dengan warna putih iaitu watak baik da mempunyai segala kelebihan, keistemewaan dan keberanian yang tidak terdapat di kalangan kebanyakkan orang. Peranan watak utama iaitu wira akan mengembara dengan tujuan yamg tertentu. Disini jelas diperlihatkan wira akan menghadapi berbagai-bagai halangan, rintangan, kesusahan dan sebagainya, tretepi semuanya akan berakhir dengan kejayaan di atas kepintaran, kebijaksanaan dan kegagahan yang mereka miliki.
ii) WATAK PEMBANTU
Biasanya watak ini terdiri dari kalangan rakyat biasa yang menjadi pembantu, pengasuh, pengiring pada watak utama sam ada pada watak utama sama ada pada watak wira atau watak wirawati seperti nenek kebayan, Kembang Cina dan bujang selamat yang menjadi pembantu dalam tindak – tanduk watak utama.
iii) WATAK JAHAT (ANTAGONIS)
Gambaran mengenai watak jahat ini terdiri dari watak yang menjadi penghalang kepada watak utaa dalam mencapai sesuatu tujuan dan sering menimbulkan masalah kepada watak utama. Watak ini di anggap sebagai musuh jahat kerana sering menaruh niat buruk , sering menimbulkan pergaduhan dan peperangan.
STRUKTUR ISI CERITA PENGLIPUR LARA
Cerita-cerita penglipur lara tiada banyak bezanya kalau kita lihat ianya terbahagi kepada tiga bahagian. Dimana dalam cerita ini terdapat permulaan cerita, kemudian bahagian pengembaraan. Dan dalam bahagian pengembaraan, disini kita dapati sesebuah cerita itu terus berkembang kekemuncaknya serta bahagian akhir sekali ialah penamat cerita. Manakala dalam bahagian akhir ini cerita akan mula menurun dan berakhir dalam dua ketogeri samaada menemui kebahagian atau berakhir dengan kesedihan. Di bawah ada diterangkan bagi setiap bahagian.
i) Bahagian awal:
Disini akan diceritakan tentang kisah sebelum pengembaraan wira. Bahagian awal dimulakan dengan perkenalan tentang kelahiran wira, kehidupannya sewaktu kecil disertakan dngan latar belakang kehidupan keluarga wira. Dalam bahagian ini juga diceritakan tentang kejadian yang luar biasa berlaku semasa wira dilahirkan seperti kelahiran wira yang disertai dengan hujan, ribut, kilat, petir, serta suasana alam yang luar biasa. Kadang-kadang ada wira yang lahi dengan barang-barang yang ajaib serta kesaktian.
ii) Bahagian pengembaraan:
Seperti yang dinyatakan mula-mula tadi di mana, disinilah bermulanya perkembang cerita sehingga menuju ke kemuncak cerita. Dalam cerita Penglipur lara ini diterangkan sebab-sebab wira keluar dari istana dengan tujuan-tujuan yang tertentu. dalam pengembaraan inilah wira menghadapi pelbagai halang dan rintangan seperti terpaksa berlapar, tiada tempat tidur, merentasi hutan belantara dengan segala cabaran yang menguji kesabaran serta kesusahan yang terlebih dahulu dideritai. Peperangan juga berlaku di antara watak wira dan watak jahat yang untuk menghalang wira mencapai hajat mereka dengan cepat. Di samping itu disisipkan juga unsur-unsur percintaan dan perkahwinan wira dengan puteri-puteri raja negeri yang disinggahi.
iii) Bahagian akhir:
Setelah berhempas pulas untuk mencapai apa yang dihajati, akhirnya wira pun mencapai kejayaan. Sebaik saja hajat dan tujuan yang diharapkan telah berjaya diperolehi wira pun kembali semula ke istana, membawa isteri atau isteri-isterinya dan hidup aman bahagia dengan segala kebesaran dan kemegahan memerintah kerajaan yang besar.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan