Isnin, 17 Oktober 2011

Membunuh Mimpi Oleh : Usman Awang


            Rangkap 1
Penyajak menyampaikan beberapa pesanan kepada anak gadisnya Mayawati yang sudah meningkat usia remaja, supaya mengikis perasaan malu, perasaan rindu dan impian yang mengasyikkan. Semuanya adalah bukan realiti dalam kehidupan sebenarnya.

Rangkap 2
Impian dan harapan adalah keanihan ciptaan Tuhan untuk manusia Tetapi jika ianya tidak ditangani dengan betul akan membawa padah, jiwa jadi resah gelisah dan mereka akan kecewa apabila impian yang diharap-harapkan itu berlainan daripada kenyataan hidup sebenarnya. Ini kerana kehidupan yang sebenarnya adalah kehidupan yang penuh dengan keganasan dan
kekejaman.

Rangkap 3
Penyajak berharap agar anak gadisnya jangan mengikut jejak langkahnya yang selama ini selalu mengimpikan bahawa hidup ini penuh dengan keindahan dan mengasyikkan. Bagi penyajak baru kini dia sedar tentang realiti kehidupan yang sebenarnya

Rangkap 4
Penyajak berharap agar anaknya tidak terlalu bergantung kepada impian yang indah yang di luar dunia nyata kerana impian adalah pembohongan dalam dunia khayalan yang fantasi.

Rangkap 5
Dalam menghadapi realiti kehidupan yang lebih mencabar, penyajak berharap agar anaknya itu menanamkan semangat keberanian dan kecekalan hati serta mempunyai ketinggian ilmu pengetahuan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan