Isnin, 17 Oktober 2011

Kunci oleh: T.Alias Taib



Rangkap 1
Dengan segala kudrat yang ada pada diri penyajak, dia cuba untuk meluahkan perasaan tentang keperitan/kesusahan hidup yang sekian lama terpendam dalam lubuk hatinya yang sebelumnya cuba diselindungi.Beliau juga mahu menyatakan segala-galanya tentang keperitan hidup yang dialami. Tujuannya agar semua tahu / faham walaupun dalam kesejahteraan tetapi masih ada yang berlapar, walaupun dirinya dikelilingi dengan dunia yang mewah dan makmur.

Rangkap 2
Dengan segala keupayaan yang ada penyajak cuba juga untuk mencari jalan bagi mengatasi pelbagai dugaan serta kesedihan dan harapannya yang masih tidak mendapat perhatian. Senario ini seperti cerita seorang buruh yang terpaksa bekerja keras walaupun penuh kotoran namun tetap berusaha menampung sisa-sisa kehidupannya. Beliau hanya berupaya berserah kepada nasib tentang masa depannya dan mengharapkan doa daripada kawan-kawannya

Rangkap 3
Dengan pancaindera mata, penyajak dapat melihat kehidupan ini penuh keanihan dan penuh tanda tanya yang memang sukar lagi menyulitkan umpama ketika mendaki puncak Kinabalu yang penuh ranjau semata-mata mahu mencapai segala apa yang dicita-citakannya.

Rangkap 4
Penyajak yang dibelenggu dengan pelbagai masalah mengambil langkah membuang semua masalah tersebut jauh dari pemikirannya.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan