Sabtu, 1 Oktober 2011

Soalan Percubaan 2011



SULIT*


JABATAN PELAJARAN NEGERI PERAK
{SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN KAMUNTING}

PERCUBAAN STPM 2011


922/2 STPM 2011

KESUSASTERAAN MELAYU

KERTAS MODEN

(KESUSASTERAAN MELAYU MODEN)
( Tiga jam)

SIJIL TINGGI PERSEKOLAHAN MALAYSIA
(MALAYSIA HIGHER SCHOOL CERTIFICATE)



Arahan kepada calon:

JANGAN BUKA KERTAS SOALAN INI SEHINGGA ANDA DIBENARKAN BERBUAT DEMIKIAN


Jawab empat soalan sahaja: Satu soalan daripada tiap-tiap Bahagian A,B,C dan D
Markah untuk tiap-tiap soalan diberikan dalam tanda kurung [ ]
Kertas soalan ini terdiri daripada 6 halaman bercetak

STPM 922/2
*Kertas soalan ini SULIT sehingga peperiksaan kertas ini tamat [lihat sebelah
SULIT*



1. Pertumbuhan cerpen amat pesat terutama zaman selepas perang 1946 – 1960-an. Berdasarkan penyataan di atas:
(a) Jelaskan persoalan-persoalan cerpen yang digarap oleh penulis pada era tersebut. [16]
(b) Nyatakan faktor-faktor yang menyuburkan pertumbuhan cerpen zaman itu. [ 9]


2. Abdullah Munsyi dianggap sebagai bapa kesusasteraan Melayu Moden . Huraikan pembaharuan yang diperkenalkan oleh Abdullah Munsyi sehingga beliau dianggap demikian. [25]


Bahagian B: NOVEL DAN CERPEN

Jawab satu soalan sahaja dalam bahagian ini.

3. Baca petikan novel di bawah ini, dan jawab soalan-soalan yang mengikutinya.

“Saya lekas-lekas menggunakan kesempatan. Saya terus katakan kepadanya saya akan terima tawaran Datuk Tan untuk menjadi pegawai Pengurusan Pentadbiran Syarikat Lombong Lembah Tualang dengan syarat tanah wakaf Imam Saad itu tidak dilombong, tawaran wakaf dari Lebai Maarup diterima dan juring tanah keluarga antara kedua tanah wakaf itu juga jangan dilombong. Kawasan itu jadikan kawasan mendirikan kompleks seperti yang dicadangkan oleh Lebai Maarup.”

(Dipetik daripada Majlis Peperiksaan Malaysia [peny.],2003.
Novel Saudagar Besar dari Kuala Lumpur,
Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka, halaman 363)

(a) Siapakah penutur dialog di atas? [ 1 ]
(b) Jelaskan konflik penutur dengan ayahnya sebelum munculnya petikan di- atas. [15 ]
(c) Jelaskan tiga isu agama yang terungkap dalam novel ini. [ 9 ]


4. Baca petikan cerpen di bawah ini, dan jawab soalan-soalan yang mengikutinya,

“Tidak usah !” Dia kemudian berkata kepada cucunya, “Datuk tidak mahu kamu bergambar di situ. Datuk tidak suka melihat orang tersenyum gembira di tempat yang menjadi malapetaka kepada negara dan bangsa kita.”
“Tetapi, semua orang mengambil gambar di situ,”

(Dipetik daripada Majlis Peperiksaan Malaysia [peny], 2003
Cerpen Nagasaki, Mutiara Sastera Melayu Moden.
Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, halaman 166)

(a). Nyatakan latar tempat yang dimaksudkan , serta siapakah watak datuk dan cucu dalam petikan di atas. [ 3 ]
(b). Jelaskan kenapa datuk tidak mahu cucunya bergambar di situ[ 8 ]
(c). Bincangkan kesan malapetaka dalam cerpen di atas, dan berikan peristiwa yang dikatakan ironi sejarah. [ 8 ]
(d). Huraikan tiga mesej yang ingin disampaikan oleh pengarang. [ 6 ]

BAHAGIAN C : DRAMA

5. Baca petikan drama di bawah ini, dan jawab soalan-soalan yang
mengikutinya.

DAHLAN: Kalau saya ada anak, bolehlah Taman Pendidikan Islam hantar anak
saya belajar di England.

ZAKIAH: Maaf, encik. Buat sementara ini belum ada rancangan kita nak
menghantar anak-anak kita ke England. Hajat kita nak membanyakkan hantar
ke negara-negara Islam seperti Mesir, Pakistan, Makkah dan Sumatera.
Sumatera negeri tetangga kita yang sama kebudayaan, kesenian, agama dan
sejarahnya dengan kita.
( Dipetik daripada Majlis Peperiksaan Malaysia (peny.),2003.
Drama “Lawyer Dahlan” dalam Mutiara Sastera Melayu Moden.
Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, halaman 206)

(a) Siapakah Zakiah dalam petikan di atas. [2]
(b) Apakah tujuan Zakiah berjumpa Dahlan. [2]
(c) Nyatakan reaksi Dahlan terhadap tujuan Zakiah tersebut. [6]
(d) Isu pendidikan telah diutarakan dalam petikan di atas.
Huraikan lima isu pendidikan yang terdapat dalam drama ini. [15]


6. Baca petikan drama di bawah ini dan jawab soalan-soalan yang mengikutinya.

IBLIS : Sebenarnya, jika lulus ujian aku, manusia akan lebih kuat
imannya. Mereka yang tidak pernah dilambung gelombang,
tidak peka dengan kekaguman laut; mereka yang tidak
kontang kerana teriknya panas, tidak peka dengan keteduhan
pohon merimbun. Dan, manusia menjadi alpa terhadap
tanggungjawabnya yang sebenar. Sebaliknya menjadi
mungkar. Tak serik-serik.

PEREMPUAN 1 : Tetapi, Ayub bukan sebarang manusia.

(Tiba-tiba Iblis menadah mukanya ke satu penjuru. cahaya merah memancar ke mukanya).

IBLIS : Ya Tuhan, izinkanlah aku menguji ketabahan hati dan iman
Ayub terhadap Dikau. Aku percaya imannya akan luntur dan
lebur dengan ujianku. Dia akan memalingkan hatinya daripada
Kau. Manusia dasarnya lemah.

(Iblis berhenti; beraksi selaku sedang mendengar. Sejenak).

IBLIS : Aku bersetuju dan aku berjanji. Ayub tidak akan mati.

(Sambil memberi isyarat). Askar, mara! (Iblis pun keluar).

PEREMPUAN 1 : J.M. Aziz pernah bersuara :
Pada-Mu

Pada payung-Mu
ku berlindung
daripada hujan panas
pada pelampung-Mu
ku bergantung
daripada tenggelam lemas

Pada pelita-Mu
kulihat cahaya
daripada gelap-gelita
pada peta-Mu
ku menghadap kiblat
daripada sesat melarat.

Pada-Mu Allah
ku pohon selamat
dunia akhirat.

Dipetik daripada Majlis Peperiksaan Malaysia[peny.] 2003,
Drama “Malam Ini Penyu Menangis” dalam Mutiara sastera Melayu Moden,
Kuala Lumpur: DBP , hal. 254-255.

a. Nyatakan EMPAT ujian yang telah diterima oleh Nabi Ayub. [4]
b. Huraikan TIGA sikap J.M.Aziz ketika beliau ditimpa ujian dalam hidupnya. [9]
c. Bincangkan EMPAT pengajaran yang boleh diperolehi daripada kisah Nabi Ayub ini. [12]


Bahagian D: SAJAK

Jawab satu soalan sahaja dalam bahagian ini.

7 Baca sajak di bawah ini, dan jawab soalan-soalan yang mengikutinya.

Pada Setiap Kali Kau Tiba, Ogos
Kemala

Pada setiap kali kau tiba,Ogos
bumi dan hati ini
melapangkan ruang buat kata hikmah
harga diri
awan hitam semalam
awan hitam belenggu
terbenam di kaki hari

Bukan gerimis
tapi taufan
bukan pesimis
tapi pahlawan
seribu, dua ribu tak bernama gugur tak bertanda
memeluk kemerdekaan dalam diam
syahdu yang datang adalah sepi hening
bukan nestapa
tapi gelegak
bukan duka
tapi ombak
gelegak ombak penampil bicara.

Pada setiap kali kau tiba, Ogos
siapa lagi bakal melihat dirinya
analisa ini
di ganggang siang
di tampuk malam
dewasa dalam pancaroba serba
ini ketentuan
inti pencarian yang nikmat
dimensi gerak fakir daya.

Pada setiap kali kau tiba,Ogos
angin tanah air
membawa bisikan
setia dan cinta perkasa.

Puisi Sepanjang Zaman,1989
Dewan Bahasa dan Pustaka.

(a) Jelaskan apakah yang cuba disampaikan oleh penyair melalui sajak di atas. [ 9 ]
(b) Dengan memberikan contoh, huraikan tiga unsur gaya bahasa perulangan dan kesannnya yang memperlihatkan nilai estetik dalam sajak yang diberikan. [12 ]
(c) Nyatakan nada yang diterapkan dalam sajak tersebut. [ 4 ]


8. Baca sajak di bawah ini, dan jawab soalan-soalan yang mengikutinya.

www.sibermerdeka.com.my
A.Ghafar Ibrahim

Dalam kebun diriku
aku tanam saujana rancangan
untuk memerdekakan warga susahku
hidup menentang senja dan malam.

Dalam parlimen diriku
aku bahas isu onak dan enak
untuk kumerdekakan warga fikirku
mengelak hidup dikotakkatikkan.

Dalam laut diriku
ombak gelora menampar pantai aman
untuk menguji amal dan iman

Dalam gergasi diriku
terpedaya jua oleh permainan si kancil
namun sempat sedar dan beringat lagi.

Dalam pentas diriku
aku berlatih menangkis angin
aku berlatih memunggah awan
menghayati skrip demi skrip
yang tak diduga klimaksnya.

Dalam dewan diriku
aku tak cemas lagi
oleh kata yang mengekang
aku tak lemas lagi
oleh kata yang menyerang.

Apabila siber merdeka sampai
ke rumah cabaranku
aku panggil diriku bermesyuarah
menyokong, berkecuali atau menentang
aku ambil keputusan
waktu itu aku kenal batas diri
untuk tidak mengulangi kekalahan.

Kini, kapal diriku telah telah berlabuh
di pangkalan usia
aku turun darinya
menghadapi hidup nyata
peristiwa datang peristiwa pergi
bagai siang memanggil malam
dan siber merdeka terus berkaca
terus mengalirkan arus ingatan:
Elakkan dirimu menjadi sia-sia
hamparkan dirimu di persada Tuhan.

(Dipetik daripada Majlis Peperiksaan Malaysia [peny.], 2003.
Mutiara Sastera Melayu Moden.
Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, halaman 310-311)



(a) Huraikan tiga sifat diriku yang digambarkan oleh penyajak. [6]
(b) Jelaskan tiga persoalan yang terdapat dalam sajak di atas. [9]
(c) Dengan memberikan contoh, jelaskan lima unsur perulangan dalam sajak di atas. [10]



(wafiyirfanhadi1101@gmail.com)
- SOALAN TAMAT -

Tiada ulasan:

Catat Ulasan