Sabtu, 1 Oktober 2011

SKEMA PEMARKAHAN:

Bahagian A: SEJARAH KESUSASTERAAN MELAYU MODEN DAN KRITIKAN SASTERA

Jawab satu soalan sahaja daripada bahagian ini.

1. Pertumbuhan cerpen amat pesat terutama zaman selepas perang 1946 – 1960-an. Berdasarkan penyataan di atas:
(a) Jelaskan persoalan-persoalan cerpen yang digarap oleh penulis pada era tersebut. [16]
(b) Nyatakan faktor-faktor yang menyuburkan pertumbuhan cerpen zaman itu.
[ 9]

Jawapan

F1 : Nasionalisme
H/C: Cerpen-cerpen yang menyentuh kesedaran dan pergerakan kebangsaan bagi menuntut kemerdekaan. Contoh cerpen “Darah Dan Air Mata”,dan “Runtuh”,karya Keris Mas dan “Hidup Dalam Dunia Pura-pura”, karya Ahmad Boestaman,
F2 : Kahwin paksa, cinta muda-mudi dan seks
H/C: Cerpen-cerpen seperti ini menjadi pilihan penulis muda yang baru mencuba bakat / lebih kepada unsur hiburan, terutama untuk golongan muda-mudi. Contoh cerpen “Ayahnya Pesan Ayahnya”, karya Jimmy Asmara.
F3 : Kesempitan dan keperitan hidup golongan miskin
H/C: Masalah yang dihadapi golongan miskin dan berpendapatan rendah di kampung-kampung dan bandar. Contoh cerpen “Cinta Sawah Padi”, karya Awam il-Serkam dan cerpen “Keinsafan”, karya Keris Mas, “Menjual Tanah Air”, oleh Usman Awang
F4 : Keagamaan dan moral
H/C: Pergolakan dan pertembungan di antara kaum muda yang berpendirian moden dan maju dengan kaum tua yang konservertif. Contoh cerpen “Anak Syurga”, oleh Wijaya Mala.
F5 : Darurat
H/C: Pergolakan politik dan kepayahan hidup masyarakat zaman darurat. Contoh cerpen “Kejadian dalam Estet”, karya Keris Mas dan “Dari Johor Bahru ke Kota Tinggi”, oleh Usman Awang.
F6 : Sindiran
H/C: Sindiran kepada golongan tertentu dalam masyarakat seperti golongan penulis muda yang angkuh; contoh cerpen “Ingin Jadi Pujangga”, oleh Asmal / pemimpin politik yang suka menabur janji palsu contoh “Pilihan raya”, oleh Usman Awang.

Pilih 4 isi sahaja.
1 isi = 4 Markah (2 Markah Fakta, 2 huraian contoh)
4 isi X 4 Markah = 16 Markah.



(b) Faktor-faktor yang menyuburkan pertumbuhan cerpen zaman itu.

F1 : Peraduan pengarang
H/C: Penganjuran pelbagai peraduan oleh badan-badan penerbitan seperti DBP, akhbar Berita Harian, akhbar Utusan Melayu dan Esso-GAPENA.
F2 : Kepesatan penerbitan akhbar dan majalah.
H/C: Banyak akhbar dan majalah diterbitkan oleh DBP dan penerbitan swasta lain. Contoh Dewan Budaya, Dewan Sastera (DBP); Majalah Wanita, Mingguan Wanita, Keluarga dsb.
F3 : Pertambahan bakat-bakat baru
H/C: Kegiatan persatuan-persatuan penulis nasional yang berusaha mencungkil bakat-bakat baru. Contoh PENA dan GAPENA
F4 : Anugerah dan hadiah lumayan
H/C: Meransang penulis lama dan baru menghasilkan karya bermutu. Contoh Peraduan Menulis Cerpen DBP 1957, Berita Harian menawarkan RM100.00 bagi cerpen-cerpen yang tersiar setiap Khamis dan Berita Minggu, Utusan Malaysia menawarkan hadiah wang tunai

Pilih 3 isi sahaja.
1 isi = 3 Markah (1 Markah Fakta, 2 huraian contoh)
3 isi X 3 Markah = 9 Markah.

a. Latar belakang Abdullah Munsyi.

Fakta 1: Nama sebenar beliau ialah Abdullah bin Abdul Kadir Munsyi
Fakta 2: Beliau telah dilahirkan pada tahun 1796, di kampung Pali Melaka.
Fakta 3: Beliau merupakan anak bongsu dari empat orang adik beradik dan telah kematian ketiga-tiga abangnya sejak kecil lagi.
Fakta 4: Ayahnya berketurunan Arab Yaman manakala ibunya Salamah berketurunan dari India.
Fakta 5: Sejak kecil dia telah diajar mengaji Al-Quran dan tulisan Jawi serta tatabahasa bahasa Melayu oleh bapanya.
Fakta 6: Beliau juga turut belajar bahasa Tamil, Hindi dan juga bahasa Inggeris.
Fakta 7: Beliau juga pernah bertugas sebagai jurutulis kepada Sir Stamford Raffles
Fakta 8: Beliau juga pernah membantu paderi Thomson dan Milne menterjemah kitab Injil ke dalam bahasa Melayu.
Fakta 9: Pernah menjadi guru bahasa Melayu kepada askar Inggeris keturunan India.
Fakta 10: Pernah memangku jawatan pengetua di Anglo-Chinese College ketika Paderi Thomson pulang bercuti di England.
Fakta 11: Meninggal dunia pada usia 58 tahun di Jeddah pada tahun 1854 ketika dalam perjalanan ke Mekah.

b. Faktor-faktor yang mendorong beliau mencipta zamannya sendiri


Fakta 1: Faktor kuasa barat mulai bertapak di Tanah Melayu.
Huraian/Contoh: Penjajahan barat oleh Inggeris ke atas Tanah Melayu telah menyebabkan kuasa golongan feudal mulai merosot, pada ketika proses transisi inilah Abdullah Munsyi tampil sebagai penulis yang membawa perubahan. Ini dapat dibuktikan melalui karya-karya yang dihasilkan beliau seperti Kisah Pelayaran Abdullah (1838) yang menceritakan pengalaman yang dilalui oleh beliau semasa mengikuti rombongan penjajah Inggeris ke negeri-negeri pantai Timur.

Fakta 2: Faktor arus modenisasi yang dibawa oleh penjajah barat.
Huraian/Contoh: Kehadiran alat cetak yang dibawa bersama arus modenisasi barat telah memungkinkan karya-karya yang ditulis oleh Abdullah Munsyi dicetak dan diterbitkan. Beliau merupakan pengarang Melayu pertama yang karyanya dicetak. Antara karyanya yang terawal dicetak ialah Kisah Pelayaran Abdullah (1838).


Fakta 3: Faktor pergaulan dengan orang-orang barat.
Huraian/Contoh: Hubungan beliau dengan orang-orang barat sama ada ketika beliau bekerja ataupun menjadi guru bahasa Melayu, telah memperluaskan pemikirannya selari dengan modenisasi yang di bawa oleh orang-orang barat. Beliau pernah menjadi jurutulis kepada Sir Stamford Raffeles dan pernah bekerja dengan Paderi Thomson yang merupakan pengetua Anglo-Chinese College.

Fakta 4: Faktor pendidikan yang diterima sejak dari awal lagi.
Huraian/Contoh:Sejak kecil lagi beliau telah diberi pendedahan tentang pendidikan sama ada pendidikan agama mahu pendidikan dunia yang berupa tatabahasa Melayu. Beliau telah menguasai dan khatam Al-Quran seawal usia 7 tahun kemudian beliau mula menjadi guru bahasa Melayu seawal usianya 14 tahun.

Fakta 5: Faktor keturunan dan latar belakang keluarganya
Huraian/Contoh: Beliau dilahirkan hasil perkahwinan campur antar bapanya yang berketurunan arab dan ibunya berketurunan India. Ayahnya tergolong dalam kelompok ilmuwan dan intelek(guru agama, guru bahasa dan juga seorang pedagang) didikan yang berteraskan ketegasan dalam ilmu telah banyak membantu Abdullah menjadi orang yang berpengetahuan dan mencipta zamannya sendiri dengan membawa banyak perubahan dan pembaharuan dalam kesusasteraan Melayu.

Fakta 6: Faktor bakat dan kebolehan semulajadi dalam bidang tulis menulis.
Huraian/Contoh: beliau memang berbakat dalam tulis-menulis, idea yang diberikan kreatif. Olahan cerita yang disampaikannya juga menarik serta terperinci. Idea dan pemikiran dalam karya-karyanya yang berbentuk autobiografi seperti Syair Singapura terbakar (1830) Kisah Pelayaran Abdullah (1838) membuktikan beliau memang berbakat dalam bidang penulisan yang melayakkannya berada dalam zamannya sendiri.

Fakta 7: Faktor zaman Abdullah Munsyi adalah zaman pergolakkan
Huraian/Contoh: Abdullah Munsyi berada dalam dua situasi iaitu menjelang keruntuhan kuasa politik kaum bangsawan Melayu dan bermulanya kegemilangan pengaruh asing. Senario itu telah memungkinkan Abdullah membawa pembaharuan dalam karya-karyanya yang tidak terikat lagi pada tradisi istana. Ini jelas dalam kebanyakkan karyanya tidak lagi memberi penekanan pada golongan feudal seperti dalam Hikayat Abdullah.

Fakta 8: Faktor penyebaran agama kristian.
Huraian/Contoh: Penyebaran agama kristian yang dibawa oleh mubaligh-mubaligh dari barat turut membawa masuk ilmu-ilmu barat yang mula berkembang dan mula melemahkan kuasa golongan feudal orang Melayu. Abdullah Munsyi yang turut belajar dengan beberapa orang paderi seperti Thomson dan juga Milne telah menerima tempias keilmuan barat sehingga memungkinkannya mencipta pembaharuan dalam karya-karya beliau ini terbukti melalui penggunaan istilah-istilah Inggeris dalam karya beliau seperti Hikayat Abdullah Munsyi.

c. Sikap dan pemikiran Abdullah Munsyi yang menjadi gagasan utama dalam karya-karyanya.
Fakta 1: Sikap dan pemikirannya terhadap Bahasa Melayu.
Huraian/Contoh: Munsyi Abdullah begitu berminat untuk mempelajari dan mendalami bahasa Melayu dan pemikirannya terhadap bahasa Melayu jelas apabila beliau menegaskan betapa pentingnya bahasa Melayu perlu dipelajari oleh orang Melayu. Kenyataan ini dapat dijelaskan berdasarkan pendiriannya terhadap bahasa Melayu seperti yang dtulis oleh beliau dalam karyanya Kisah Pelayaran Abdullah (1838) yang antara lainnya beliau menyatakan rasa kesalnya terhadap orang-orang Melayu yang tidak mengambil berat tentang bahasa Melayu.

Fakta 2: Sikap dan Pemikirannya terhadap ilmu-ilmu lain.
Huraian/Contoh: Kesedaran beliau terhadap betapa mundur dan ceteknya pemikiran bangsanya telah mempengaruhi sikap dan pemikiranya terhadap ilmu-ilmu lain yang dibawa masuk oleh orang-orang barat. Situasi itulah yang mendorong beliau untuk mempelajari ilmu-ilmu baharu yang dibawa masuk oleh orang-orang barat. Dalam Hikayat Abdullah dinyatakan beliau belajar ilmu bumi seperti bentuk bumi, gerhana dan ilmu kira-kira.


Fakta 3: Sikap dan pemikirannya terhadap orang Melayu yang mengabaikan bahasa Melayu.
Huraian/Contoh: Munsyi Abdullah yang jelasnya bukan orang Melayu tulen maka tidak hairanlah dia dengan begitu berani mengkritik orang-orang Melayu. Sikap dan pemikirannya terhadap orang Melayu jelas apabila dia tidak bersetuju dengan pandangan dan sikap orang Melayu yang mengabaikan bahasa Melayu seperti yang dinyatakan dalam Hikayat Abdullah yang betapa bodohnya orang Melayu kerana tidak mahu mempelajari bahasa sendiri.

Fakta 4: Sikap dan pemikirannya terhadap cara hidup orang Melayu.
Huraian/Contoh: Munsyi Abdullah dalam karyanya khususnya Kisah Pelayaran Abdullah (1840) turut mencetuskan pandangannya terhadap cara hidup orang Melayu. Beliau beranggapan orang Melayu malas, lalai dan pengotor. Bahasa percakapan orang Melayu juga buruk, makanan orang Melayu disebut terdiri dari bahan-bahan kotor. Beliau juga turut memuji sikap rajin perempuan kelantan rajin menjalankan perniagaan.

Fakta 5: Sikap dan pemikirannya terhadap golongan feudal / bangsawan / raja
Huraian/Contoh: Abdullah Munsyi menunjukkan sikap benci dan menganggap budaya raja-raja Melayu sebagai kolot. Beliau menganggap raja-raja Melayu zalim kerana kehendak mereka tidak boleh dihalang atau dilarang jika tidak buruk padahnya. Sikap danpemikirannya yang bencikan golongan jelas melalui gambaran betapa hodoh dan bodohnya raja-raja Melayu dalam karyanya seperti Hikayat Abdullah Munsyi seperti gambaran tentang Sultan Hussin yang dikatakan gemuk dan kuat makan.

Fakta 6: Sikap dan pemikirannya terhadap kepercayaan orang Melayu.
Huraian/Contoh: Abdullah Munsyi tidak bersetuju dengan kepercayaan orang Melayu yang terlalu percaya kepada perkara yang tahyul. beliau beranggapan perkara itu karut dan sewajarnya tidak diikuti ini adalah kerana kepercayaan itu akan menjadi halangan untuk kemajuan bangsa Melayu . Ini dapat dilihat penentangannya terhadap adat menjual anak seperti yang dinyatakan dalam Hikayat Abdullah.

Fakta 7: Sikap dan pemikirannya terhadap orang-orang Inggeris/ barat.
Huraian/Contoh: Abdullah menghargai dan mengagumi orang-orang Inggeris yang dikatakannya membawa pengetahuan dan kemajuan. Sikap rajin dan keilmuan orang Inggeris menjadi perhatian beliau seperti dalam Hikayat Abdullah, beliau sangat kagum dengan Tuan Raffles yang rajin.
BAHAGIAN C : DRAMA

4. Baca petikan drama di bawah ini, dan jawab soalan-soalan yang
mengikutinya.

DAHLAN: Kalau saya ada anak, bolehlah Taman Pendidikan Islam hantar anak
saya belajar di England.

ZAKIAH: Maaf, encik. Buat sementara ini belum ada rancangan kita nak
menghantar anak-anak kita ke England. Hajat kita nak membanyakkan hantar
ke negara-negara Islam seperti Mesir, Pakistan, Makkah dan Sumatera.
Sumatera negeri tetangga kita yang sama kebudayaan, kesenian, agama dan
sejarahnya dengan kita.
( Dipetik daripada Majlis Peperiksaan Malaysia (peny.),2003.
Drama “Lawyer Dahlan” dalam Mutiara Sastera Melayu Moden.
Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, halaman 206)

(a) Siapakah Zakiah dalam petikan di atas. [2]

(b) Apakah tujuan Zakiah berjumpa Dahlan. [2]

(c) Nyatakan reaksi Dahlan terhadap tujuan Zakiah tersebut. [6]

(d) Isu pendidikan telah diutarakan dalam petikan di atas.
Huraikan lima isu pendidikan yang terdapat dalam drama ini. [15]

Jawapan.

(a) Siapakah Zakiah dalam petikan di atas.

F1: Pemungut derma dari Taman Pendidikan Islam.

1 isi = 2 Markah

(b) Apakah tujuan Zakiah berjumpa Dahlan.

F1: Memungut derma untuk seorang anak tani ke Mesir / untuk Taman
Pendidikan Islam.

1 isi = 2 Markah


(c)Nyatakan reaksi Dahlan terhadap tujuan Zakiah tersebut.

F1: Dahlan tidak mahu menderma atas alasan tiada anak.

F2: Dahlan bertanya pada Zakiah bolehkah Taman Pendidikan Islam
menghantar anaknya belajar ke England.

F3: Dahlan mengatakan kelulusan pengajian di Mesir, Pakistan, Makkah
dan Sumatera tidak tinggi dan tidak diiktiraf oleh kerajaan kita.

F4: Dahlan meminta Zakiah jangan kecil hati atas sikapnya itu.

Pilih 3 isi sahaja.
1 isi = 2 markah
3 isi x 2 markah = 6 markah


(d) Huraikan lima isu pendidikan yang terdapat dalam drama ini.

F1: Sekolah agama rakyat yang kekurangan sumber kewangan.

F2: Mengutip derma untuk menyambung pelajaran ke luar negeri.

F3: Ramai pelajar Melayu meneruskan pengajian di Mesir, Pakistan,
Makkah dan Sumatera.

F4: Terdapat juga pelajar Melayu yang menyambung pelajaran ke negara
Barat seperti England.

F5: Masyarakat berpendidikan Barat yang lupa diri / asal usul.

F6: Kerajaan menyediakan biasiswa kepada pelajar yang layak untuk
menyambung pelajaran ke luar negeri.

Pilih 5 isi sahaja.
1 isi = 3 markah
5 isi x 3 markah = 15 markah


N0.5

a. EMPAT ujian Nabi Ayub

F1 – Beribu-ribu binatang ternakannya tiba-tiba mati
F2 – Ladang-ladang Nabi Ayub semuanya terbakar hangus
F3- Semua harta Nabi Ayub musnah dan Nabi Ayub menjadi miskin
F4 – Anak-anak Nabi Ayub yang ramai dan cantik semuanya dibunuh iblis
F5 – Nabi Ayub ditimpa penyakit yang amat dahsyat
F6 – Isteri Nabi Ayub lari meninggalkannya.

Pilih 4 isi
1 isi 1m
4 isi x 1 m = 4 m

b. Sikap J. Aziz ketika ditimpa ujian

F1 – Tabah.
H/c 1 – J. M Aziz tabah menghadapi kesengsaraan penyakit kusta yang
dihadapinya

F2 – Gigih
H/C 2 – Walaupun cacat penglihatan, J.M Aziz meminta bantuan anaknya untuk
menulis puisi yang dihasilkannya.

F3 – Tidak ada perasaan iri hati atau dendam
H/C 3 – J. M. Aziz tidak iri hari atau berdendam dengan orang yang tidak peka
dengan kemalaratan hidupnya.

F4 – Sentiasa berdoa kepada Allah /Tawakkal
H/C 4 –Beliau sentiasa berdoa semoga dirinya selamat dunia dan akhirat

F5 – Pasrah/Redha dengan ketentuan Ilahi
H/C5 – Penyakit tersebut tidak dapat mengubah jiwanya.

Pilih 3 isi
1 isi = 3 m ( 2m F , 1m H/C)
3 isi x 3m = 9m

c. Pengajaran daripada kisah Nabi Ayub

F1 – Kita hendaklah taat beribadat kepada Allah
H/C1 – Nabi Ayub sangat taat beribadat kepada Allah dalam apa jua keadaan

F2. Kita hendaklah tabah menghadapi ujian
H/C 2 – Nabi Ayub tabah menghadapi pelbagai ujian yang menimpanya.

F3- Kita hendaklah sentiasa berdoa dan memohon pertolongan daripada Allah
H/C 3- Nabi Ayub tidak putus-putus berdoa memohon pertolongan Allah

F4 – Jangan terpedaya dengan tipu daya iblis
H/C 4 – Isteri nabi Ayub, Rahmah terpengaruh dengan hasutan iblis.

F5- Hendaklah redha dengan ketentuan Ilahi
H/C5 – Nabi Ayub redha dengan kematian semua anaknya.

Pilih 4 isi sahaja
1 isi = 3 m ( 2m F, 1m H/C)
4 isi x 3 m = 12m


(a) Tiga sifat penyajak

F1: Wawasan
H/C: Dalam kebun diriku
aku tanam saujana rancangan
untuk memerdekakan warga susahku
hidup menentang senja dan malam.

F2: Berusaha / Bersedia / Menghadapi dugaan
H/C: Dalam pentas diriku
aku berlatih menangkis angin
aku berlatih memunggah awan
menghayati skrip demi skrip
yang tak diduga klimaksnya.

F3: Berserah / Redha
H/C: Elakkan dirimu menjadi sia-sia
hamparkan dirimu di persada Tuhan.

F4: Mempunyai kesedaran
H/C: Dalam parlimen diriku
aku bahas isu onak dan enak
untuk kumerdekakan warga fikirku
mengelak hidup dikotakkatikkan.

Dalam gergasi diriku
terpedaya jua oleh permainan si kancil
namun sempat sedar dan beringat lagi.

F5: Tidak bertindak melulu / Berbincang sebelum bertindak
H/C: Apabila siber merdeka sampai
ke rumah cabaranku
aku panggil diriku bermesyuarah
menyokong, berkecuali atau menentang
aku ambil keputusan
waktu itu aku kenal batas diri
untuk tidak mengulangi kekalahan.

F6: Bersemangat tinggi / Cekal / Tabah
H/C: Kini, kapal diriku telah telah berlabuh
di pangkalan usia
aku turun darinya
menghadapi hidup nyata


Pilih 3 isi
1 isi = 2 markah ( 1 markah Fakta, 1 markah Huraian/Contoh)
3 isi x 2 markah = 6 markah


(b) Tiga persoalan

F1: Membebaskan diri daripada kesusahan hidup
H: Penyajak berusaha melawan setiap cabaran untuk menjalani kehidupannya dengan sempurna.
C: Rangkap 1

F2: Berwaspada dalam menjalani kehidupan / Berhati-hati
H: Penyajak sentiasa berhati-hati dan berwaspada dalam menjalani hidupnya agar tidak dipermainkan oleh orang lain.
C: Rangkap 2

F3: Keteguhan iman
H: Penyajak sedar dan sentiasa bersedia apa jua cabaran kerana itu adalah ujian Tuhan terhadap amal dan imannya.
C: Rangkap 3

F4: Tipu muslihat / Ragam hidup manusia
H: Sungguhpun penyajak merasakan dirinya gagah untuk menghadapi ragam kehidupan tetapi beliau hampir terpedaya oleh golongan yang suka menipu orang lain.
C: Rangkap 4

F5: Persiapan menghadapi dugaan / Cabaran hidup / Menghadapi sesuatu kemungkinan
H: Penyajak cuba memperlengkapkan diri untuk menghadapi setiap cabaran dalam hidupnya, terutamanya cabaran yang tidak diduga.
C: Rangkap 5 dan 6

F6: Bermesyuarah dalam membuat keputusan
H: Penyajak mempertimbangkan dengan teliti sesuatu yang baru diterima supaya tidak mengulangi kesilapan-kesilapan yang lalu.
C: Rangkap 7

F8: Keimanan kepada Tuhan / Berserah kepada Tuhan
H: Kini, penyajak mendapat kekuatan hidup. Penyajak berwaspada agar hidupnya tidak sia-sia sebaliknya tetap beriman kepada Tuhan.
C: Rangkap 8


Pilih 3 isi
1 isi = 3 markah ( 2 markah Fakta, 1 Huraian/Contoh)
3 isi x 3 markah = 9 markah


(c) Lima unsur perulangan

F1: Perulangan kata di awal baris pertama rangkap
C: Perkataan ‘Dalam’ di awal rangkap 1,2,3,4,5, dan 6.

F2: Perulangan kata di akhir baris pertama rangkap
C: Perkataan ‘diriku’ di akhir rangkap 1,2,3,4,5, dan 6.

F3: Anafora
C: aku berlatih menangkis angin B16-17
aku berlatih memunggah awan

F4: Perulangan frasa
C: aku berlatih menangkis angin B16-17
aku berlatih memunggah awan

F5: Perulangan kata dalam baris
C: peristiwa datang peristiwa pergi B36
menghayati skrip demi skrip B18

F6: Asonansi*
C: Elakkan dirimu menjadi sia-sia - i
aku berlatih menangkis angin - a
aku turun darinya - u

F7: Aliterasi*
C: Dalam dewan diriku - d
Kini, kapal diriku telah berlabuh – k
ombak gelora menampar pantai aman - m

* Contoh lain yang sesuai boleh diterima.


Pilih 5 isi
1 isi = 2 markah ( 1 markah Fakta, 1 markah Contoh)
5 isi x 2 markah = 10 markah

Tiada ulasan:

Catat Ulasan