Sabtu, 1 Oktober 2011

Soalan Percubaan 2011 (K1) Tradisional


SULIT*


JABATAN PELAJARAN NEGERI PERAK
{SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN KAMUNTING}

PERCUBAAN STPM 2011



922/1                                                                                                            STPM 2011

KESUSASTERAAN MELAYU

KERTAS 1

(KESUSASTERAAN MELAYU TRADISIONAL)
( Tiga jam)

SIJIL TINGGI PERSEKOLAHAN MALAYSIA
(MALAYSIA HIGHER SCHOOL CERTIFICATE)



Arahan kepada calon:

JANGAN BUKA KERTAS SOALAN INI SEHINGGA ANDA DIBENARKAN BERBUAT DEMIKIAN


          Jawab empat soalan sahaja: Satu soalan daripada tiap-tiap Bahagian A,B,C dan D

          Markah untuk tiap-tiap soalan diberikan dalam tanda kurung [ ]


Kertas soalan ini terdiri daripada         halaman bercetak




STPM 922/1
*Kertas soalan ini SULIT sehingga peperiksaan kertas ini tamat               [lihat sebelah
                                                                                                                        SULIT*



Bahagian A: SEJARAH KESUSASTERAAN MELAYU TRADISIONAL

Jawab satu soalan sahaja dalam bahagian ini

     
1.      a. Nyatakan EMPAT  jenis/golongan cerita mengenai tokoh Islam yang terdapat dalam Sastera Agama tersebut.                                                                                [ 4 markah ]
    b. Nyatakan contoh karya bagi TIGA jenis  cerita tentang tokoh Islam yang anda pilih di atas.                                                                                                                       [ 6 markah ]
         c. Sastera Agama menyenaraikan watak nabi-nabi Allah yang terkenal. Huraikan     
watak dan perwatakan nabi-nabi Allah yang terdapat dalam sastera Agama.
[15 markah]


2.      Tun Seri Lanang merupakan tokoh pengarang yang berwibawa dalam  penyusunan dan penulisan Sejarah Melayu.
[i] Nyatakan latar belakang Tun Seri Lanang.                                           [5 markah]

      [ii] Terangkan empat keistimewaan Tun Seri Lanang berdasarkan isi kandungan Sejarah    
      Melayu.                                                                                   [ 20 markah]



Bahagian B: KARYA AGUNG (SULALATUS SALATIN SEJARAH MELAYU)

Jawab satu soalan sahaja dalam bahagian ini

   3. Teliti petikan di bawah dan jawab soalan berikutnya

Maka titah baginda, “Barang siapa membawa anak Bendahara Pahang itu ke mari, apa yang dikehendakinya kita anugerahi akan dia; umpamanya jika ia hendakkan sekerat kerajaan kita sekali pun kita anugerahkan; dan ada pun dosanya tiada kita bunuh.  Adapun tatkala itu Hang Nadim ada di bawah penghadapan itu. Setelah ia mendengar titah demikian itu, maka Hang Nadim pun berbicara dalam hatinya, “Baik aku pergi ke Pahang, mudah-mudahan dapat Tun Teja itu; ke bawah duli Yang Dipertuan akan menghapuskan dosaku.”
                         (Hlm 225)

a. Apakah dosaku yang dimaksudkan di dalam petikan di atas?                                          [6M]
b. Siapakah Tun Teja dan mengapa baginda menginginkannya?                                       [10M]
c. Apakah tindakan yang dilakukan oleh Hang Nadim untuk mendapatkan Tun Teja      [9M]                                                                                                                


4. Melalui Sulalatus Salatin banyak memaparkan unsur-unsur kebijaksanaan orang-orang  
    Melayu Melaka dalam berhadapan pihak-pihak luar. Jelaskan pernyataan ini dengan   
    merujuk kepada lima peristiwa di dalam teks                                                          [25M]

Bahagian C: PROSA MELAYU TRADISIONAL

Jawab satu soalan sahaja dalam bahagian ini

5.  “Sastera kitab banyak mengandungi ciri-ciri keagamaan.” Berdasarkan contoh 
       daripada sastera kitab,  “Hadiqat al-Azhar wa al-Rayabin” dalam Mutiara Sastera
       Melayu Tradisional, nyatakan 5 ciri keagamaannya, dan huraikan  ciri-ciri
       keagamaan tersebut yang diterapkan dalam penulisan sastera kitab ini.     [25]


6. Baca petikan di bawah ini, dan jawab soalan-soalan yang mengikutinya.

            Maka tatkala melihatku akan demikian itu hebatlah aku akan dia sebagai hebat yang besar, dan dudukku pada tempat kesudahan lingkungan mengajarnya. Maka aku ambilkan ranting daripada bumi, maka jadilah aku tiap-tiap membaca Malik akan satu hadis aku suratkan dia dan air liur di atas tanganku dan Imam Malik menilik ia dengan hujung matanya tanganku padahal tiada ketahuiku dengan tiliknya hingga selesai majlisnya itu dan menanti Malik bahawa aku berpaling berjalan. Maka tiada melihat ia akan daku berjalan, maka mengisyarat ia kepadaku seketika, kemudian berkata ia, “Adakah engkau ini bangsa Tanah Haram?” Kataku, “Bangsa Tanah Haram” Katanya, “Adakah engkau bangsa Makkah?” Sahutku. “Bangsa Makkah.”  Katanya, Adakah  bangsa Quraisy engkau?” Sahutku,  “Bangsa Quraisy.”  Katanya, “Telah sempurnalah segala sifat engkau, tetapi ada pada engkau jahat adab.” Maka kataku, “Dan, apa yang engkau lihatkan dia daripada jahat adabku?”

(Dipetik daripada Mutiara Sastera Melayu Tradisional,
Penyelenggara Majlis Peperiksaan  Malaysia,
 Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur, Hal 203)

a.       Petikan di atas dikategorikan sebagai Sastera Kitab, berikan dua fungsi Sastera Kitab.                                                                                                        [4m]
b.      Mengapa Malik mengatakan “…..tetapi ada pada engkau jahat adab” dan apa yang berlaku selepas itu.                                                                            [8m]
c.       Siapakah ‘aku’ dalam petikan di atas. Berikan  lima kelebihan / keistimewaan ‘aku’. [13m] 

Bahagian D; PUISI MELAYU TRADISIONAL

Jawab satu soalan sahaja dalam bahagian ini

7. Baca  petikan puisi di bawah dengan teliti dan jawab soalan-soalan yang mengikutinya

Assalamualaikum,
Hei! Babun tunggal Si Awang Hitam,
Aku tidur engkau berjaga,
Aku duduk engkau berdiri,
Aku berdiri engkau berjalan,
Dulu setapak dari angin,
Aku suruh pergi, engkau pergi,
Aku panggil datang, engkau datang
Kau tidak boleh menongkah kata aku,
Seperti menongkah kata Allah,
Kau tidak boleh menongkah kata aku,
Seperti menongkah kata Muhammad.

Hei! Jin Hitam Mangkabumi,
Pangkat engkau Si Tunggal Alam,
Aku minta terimalah pasungku ini,
Minta tolong jaga,
Barang siapa yang iktikad salah
Aku minta tolong kepak,
Aku minta tolong rantai,
Jikalau engkau tidak kepak,
Tidak menokok, tidak merantai,
Aku sumpah kau dengan kata Allah,
Aku sumpah kau dengan kata Muhammad,
Berkat doa, Lailahaillah, Muhammadar Rasullullah.

                                                                            Sumber: Haron Daud, 2001.
                                                                           Mantera Melayu: Analisis Pemikiran.
                                                                           Pulau Pinang: Penerbit Universiti Sains Malaysia.

      [i] Huraikan enam gaya bahasa dalam puisi di atas.                    [12 markah]

[ii] Jelaskan empat persoalan yang boleh dibangkitkan dalam petikan puisi di atas.                        
                                                                                                             [13 markah]


8.   Teliti puisi di bawah dan jawab soalan berikutnya:

Melangkah dengan pukal,
Berjalan dengan tawakal,
Bercakap dengan akal.

Berdakap muka mentua,
Bertaup muka menantu,
Takkan semenggah rumah tangga.

Mengumpat pagi,
Mengeji petang,
Lalat buta pun tak mahu singgah.

a. Apakah jenis puisi di atas ?                                                                 [ 1markah ]
b.  Nyatakan maksud setiap rangkap puisi tersebut.                               [ 9 markah]
c. Bincangkan  TIGA Gaya Bahasa Puisi di atas.                                    [ 9 markah]
d. Jelaskan DUA nilai masyarakat berdasar petikan di atas                    [ 6 markah]


-          SOALAN TAMAT  -

Tiada ulasan:

Catat Ulasan